Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Hendak tanya apa, Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Hendak tanya, apa rasionalnya soalan pembangkang lebih banyak daripada Barisan Nasional, kerajaan? Apa mesej yang hendak disampaikan? Adakah Dewan ini dikuasai oleh pembangkang ataupun bagaimana?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Ada kalanya soalan Barisan Nasional lebih banyak daripada pembangkang, ada kalanya soalan daripada pembangkang lebih banyak.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak. Saya sudah perhati tiap-tiap hari. Ini tidak adil. Dewan ini bukan dikuasai oleh pembangkang, tetapi oleh Barisan Nasional.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Pembangkang lebih ramai bela nasib rakyat.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Tidak apalah, untuk rakyat tidak apalah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Barisan Nasional 140, pembangkang 82 sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak apa, Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Mabuk kuasa.
Seorang Ahli: Bodoh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah, sudah, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Siapa cakap you bodoh?
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Jangan buang masa.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah. Janganlah guna perkataan yang tidak senonoh, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia panggil saya “bodoh”.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya faham, Yang Berhormat. Saya dengar.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia yang bodoh.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itulah yang saya sebut, Yang Berhormat. Yang Berhormat janganlah marah pada saya...[Ketawa] Minta tolong, Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya bodoh sekali, you bodoh 100 kalilah.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Duduklah.
经典的不雅手势就在此刻出现....
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Padang Serai, mintalah, tolong jangan buat macam itu, Yang Berhormat. Kadang-kadang kita ini lebih baik lagi budak-budak di sekolah, Yang Berhormat. Kadang-kadang kita ini belajar sampai 20 tahun dalam universiti pun, tidak boleh juga maintain decorum yang elok. Saya pun hairanlah.